top of page
Sekapur Sirih
HUBUNGI KAMI
 
TEL & FAX : 087-214180

​

‹ALAMAT : SK Rancangan Klias

                Peti Surat 334,

                89808 Beaufort,

                Sabah.

 

‹EMAIL : xba6047@moe.edu.my

​

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam 1 Malaysia.

 

Terlebih dahulu saya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias, Beaufort mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke laman web ini. Melalui laman web ini, SK. Rancangan Klias dapat menyampaikan maklumat dan pengetahuan berkaitan sekolah dan aktiviti sekolah yang dapat dikongsi bersama pengunjung laman ini. Oleh itu interaksi dan perkongsian maklumat dikalangan warga pendidik di SK. Rancangan Klias khasnya dan di Malaysia amnya amat diharapkan dan dialu-alukan.

 

Oleh itu, dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan bakti dalam membina laman web ini. Sekian dan terima kasih.

 

 

Abd. Ghapar Bin Hj. Abd. Majid

Guru Besar

SK. Rancangan Klias, Beaufort.

TERKINI
MUAT TURUN
GURU BESAR
IKRAR SEKOLAH
VISI & MISI
LAGU SEKOLAH
PAUTAN
SEKALIS PANDANG

Lagu Negaraku

Lagu Sabah Tanah Air Ku

Lagu Sekolah

SK Rancangan Klias

VISI

 

PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

 

MISI

 

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN

YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI

INDIVIDU BAGI MEMENUHI

ASPIRASI NEGARA

Sekolah ini telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dan diasaskan oleh Pengurus LKTNS yang pertama di kawasan Rancangan Klias iaitu Encik Salleh Baba.

 

      Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias Beaufort ini mula dibina pada tahun 1970. Pembinaanya selesai pada tahun 1971. Sekolah ini dibina atas tapak seluas lebih kurang 5.56 ekar tanah iaitu kepunyaan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

 

       Lokasi pembinaan sekolah ini ialah di Kampung Rancangan Klias Beaufort. Oleh itu, sekolah ini telah diberi nama SRK Rancangan Klias Beaufort. Sekarang sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias. Pada 1 Januari 1976, sekolah ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk bertanggungjawab kepada semua pentadbiran dengan sepenuhnya.

 

      Kini, sekolah Kebangsaan Rancangan Klias mempunyai 6 Blok bangunan, sebuah bangunan

Pra Sekolah, bangunan Makmal Komputer, Dewan Terbuka dan Kantin Sekolah.

MAKA KAMI

MURID SK. RANCANGAN KLIAS

BERIKRAR

BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH

PATUH PADA AJARAN AGAMA

MENGHORMATI GURU-GURU

DAN WARGA SEKOLAH

MENTAATI IBUBAPA

 

DENGAN SESUNGGUHNYA

KAMI BERUSAHA

MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK

KO-KURIKULUM DAN DISIPLIN

 

BERDASARKAN

ATAS PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN RANCANGAN KLIAS

LAMBANG KEMEGAHAN KITA SEMUA

DI SINI TEMPATNYA KITA DIBERI

PENGETAHUAN YANG BERGUNA

 

MARILAH KITA BERIKRAR DAN BERJANJI

BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH

HARAPAN DAN CITAKAN TERCAPAI

SEKOLAHKU YANG TERCINTA

 

DEMI SEKOLAHKU YANG TERCINTA

BERJANJI AKAN BERSATU HATIBERILMU BERTAQWA DAN BERDISIPLIN

MENJADI YANG TERBAIK

Jumlah Pengunjung

SK. RANCANGAN KLIAS RENTAS DESA 2016

               Jumlah Guru & AKS 
 
                  GURU   :   20 Orang | (L = 5) (P = 15)
                  AKS       :   5 Orang   | (L = 4) (P = 1)
                  

​

MAJLIS MAKAN MALAM & ANUGERAH KECEMERLANGAN SK. RANCANGAN KLIAS 2016

PENAFIAN

 

SK Rancangan Klias tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan maklumat yang dialami semasa melayari laman web ini.

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas, Mozilla Firefox 4.0, dan Google Chrome dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas

​

​

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias Beaufort, Sabah.

 

bottom of page